Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Sejarah Pembentukan Rukun Negara di Malaysia

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
Sejarah Rukun Negara di Malaysia Kedatangan Inggeris dan dasar-dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah menukar corak dan bentuk kehidupan masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan buruh-buruh dari negara China dan India untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah milik mereka serta menggalakkan berniaga di pekan-pekan.
Di bawah dasar pecah perintah kerajaan Inggeris telah memisahkan penempatan dan bidang pekerjaan ketiga-tiga kaum secara berasingan. Kebanyakan orang Melayu dibiarkan terus tinggal di kampung-kampung tradisional dan meneruskan pekerjaan sebagai petani dan nelayan. Orang-orang Cina pula ditempatkan di sektor perlombongan dan berniaga. Inggeris menempatkan orang-orang India di ladang-ladang getah mi…